Lebih banyak aktiviti mengumpul dana menerusi tawaran awam permulaan (IPO) dijangka dilaksanakan di Malaysia tahun ini, didorong prospek pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia serta mudah tunai domestik yang tinggi.
Pertumbuhan kewangan Islam tempatan tahun ini dijangka stabil di sebalik ketidaktentuan ekonomi global dan tempatan, termasuk penyusutan nilai ringgit, kata pakar.
CIMB Group selesai melaksanakan pemasangan sistem perbankan teras baharunya di negara ini yang membabitkan pemindahan data sejumlah lapan juta pelanggannya.
Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat jumlah pendapatan lebih baik pada Januari berbanding bulan yang sama tahun lalu berikutan peningkatan muatan penumpang, walaupun rugi bersih RM343.4 juta pada suku akhir tahun lalu.
Astro Malaysia Holdings Bhd menyasarkan pertambahan 20 peratus pelanggan baharu berikutan pelancaran panduan TV pelbagai bahasa generasi akan datang pertama seumpamanya di dunia.
Kira-kira 51,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan memperoleh bantuan kewangan berjumlah RM23.2 bilion yang disalurkan oleh tiga agensi pembangunan usahawan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 30 tahun lalu.
Kerajaan memperuntukkan RM5.67 bilion untuk menaik taraf rangkaian infrastruktur pembetungan dalam kawasan pembangunan Greater KL dan Lembah Klang bagi menjadikan sistem pengurusan sisa buangannya lebih tersusun, lengkap dan mesra alam.
Tender bagi pembinaan Pusat Pengurusan Trafik Udara bertaraf dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang membabitkan kos kira-kira RM700 juta akan dibuka akhir bulan depan atau awal April ini.
SME Corporation Malaysia (SME Corp) mulai tahun ini akan menumpukan penyediaan pinjaman kewangan dalam bentuk hibrid bagi membantu lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembang dan menambahbaik perniagaan mereka.
Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan perlu memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dalam kerjaya awal masing-masing untuk membolehkan perniagaan yang diusahakan menjadi lebih berdaya maju dan bernilai tinggi.