KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia bagi separuh pertama 2014 naik 9.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu manakala lebihan dagangan meningkat 81.8 peratus dalam tempoh sama.
NEW YORK: Bekas bintang Arsenal dan Perancis, Thierry Henry menggambarkan Thomas Muller dan Franck Ribery sebagai contoh sempurna dalam bola sepak sambil melabelkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai ‘pelik.’
KUALA LUMPUR: Isu hutang dengan Bank Islam dan penganugerahan projek kepada sebuah syarikat yang dikawal oleh peguam dan ahli korporat UMNO, antara punca PKR mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkir dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
MANCHESTER: Perpindahan Arturo Vidal dari Juventus ke Manchester United terhalang disebabkan keraguan mengenai tahap kecergasan bintang Piala Dunia dari Chile itu, menurut jurulatih kebangsaannya, Jorge Sampaoli.
KUALA LUMPUR: UMNO bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Selangor, jika ia penyelesaian yang dipilih kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyasar kira-kira 123,000 syarikat mendaftar bagi cukai barang dan perkhidmatan (GST) hingga 30 September ini.
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tempat letak kereta dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya menggunakan kasut bola dan pen uji, Sabtu lalu.
NEW YORK: Di tengah-tengah gencatan senjata antara kumpulan Israel dan Palestin yang bertempur di Semenanjung Gaza, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mendesak semua pihak dalam konflik itu supaya memulakan rundingan da…