SEPANG: Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 15.56 kilogram (kg) dadah bernilai RM2.97 juta yang cuba diseludup melalui kawasan pintu masuk negara antara Julai hingga 2 Ogos.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
KUANTAN: Habib Jewels menyasarkan jualan RM12 juta setahun dari cawangan pertamanya di pusat beli belah East Coast Mall, Kuantan yang mula beroperasi hujung bulan lalu.
KUALA LUMPUR: RAM Rating menaikkan Penarafan Kredit Korporat (CCR) jangka panjang Media Prima Bhd dan nota pinjaman CP/MTN RM500 juta (2012/2019) daripada AA2 kepada AA1.
MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini menolak cadangan balas peguam kerajaan Filipina berhubung undang-undang ‘Bangsamoro’ yang sudah jauh tersasar daripada cadangan asal yang dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish, 32, memecahkan rekod di kalangan selebriti tempatan apabila pengikut laman sosial Instagramnya mencecah sejuta orang hari ini.
BARCELONA: Insiden ‘gigit’ membabitkan penyerang baru Barcelona, Luis Suarez dibimbangi mungkin berulang, namun tiada sebarang klausa mengenai perkara itu dalam kontraknya, menurut Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.