PUTRAJAYA: Identiti membabitkan kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 rakyat Malaysia yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi, 22 Ogos ini hanya akan diketahui pada hari berkenaan.
KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mencatat peningkatan 16.5 peratus untung sebelum cukai kepada RM310.90 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2014 berbanding RM247.59 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam akan diadakan di Malaysia pada 2 September ini bersempena Forum Kewangan Islam Global 2014 (GIFF 2014).
MOSCOW: Penggodam memecah masuk ke dalam akaun Twitter Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev dan menghantar tweet bahawa beliau meletakkan jawatan dan mengecam Presiden Vladimir Putin.
KUANTAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mencari mekanisme terbaik bagi mengekang pengguna menyebarkan fitnah dan berita palsu menerusi laman sosial Facebook (FB).
GEORGETOWN: Seorang tukang batu nisan dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lalu.
KAHERAH: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Bulan Sabit Merah Palestin, di sini, dirancang dibawa ke Malaysia bagi mendapat rawatan dan penjagaan lebih rapi.
KUALA LUMPUR: Idea dan penyelesaian diperlukan bagi membantu kerajaan mencapai sasaran membina sejuta rumah mampu milik yang selesa untuk rakyat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Seri Judin Abdul Karim.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini.