HAVANA: Bekas presiden Cuba, Fidel Castro menandatangani manifesto antarabangsa bagi menyokong Palestin dan mendesak Israel agar menghormati resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta keluar dari Gaza, Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dicalonkan partinya tuntuk jawatan Menteri Besar Selangor, mengakui tidak mempunyai pengalaman secukupnya untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.
TOKYO: Taufan Halong membadai barat Jepun hari ini selepas agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran bahaya berikutan ribut yang melanda barat daya negara berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Alor Setar dan USM di Pulau Pinang bertambah baik daripada tahap sederhana kepada baik setakat 7 pagi hari ini, dengan empat kawasan masih pada tahap sederhana.
LOUISVILLE: Rory McIlroy melakukan birdie dari jarak tujuh kaki pada lubang ke-18, par 5, untuk mendahului pencabar terdekat, Bernd Wiesberger dari Austria dengan satu pukulan selepas pusingan ketiga Kejuaraan PGA.
SEPANG: Kumpulan pertama pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan ke lokasi nahas MH17 di Ukraine hujung bulan lalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
GEMAS: Seorang pekerja kedai perabot menemui mayat seorang wanita dalam beg pakaian yang berkunci dengan mangga dan diikat di dalam sebuah longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang semalam.