KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperkukuh daya saing global Malaysia menerusi usaha yang menyasarkan peningkatan persekitaran pelaburan dan mempromosi dasar-dasar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Luar Biasa Diperluas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi esok.
KIEV: Russia mengerah 45,000 anggota tentera dengan senjata berat termasuk kereta kebal, sistem peluru berpandu, pesawat perang dan helikopter tempur di kawasan sempadan dengan Ukraine, menurut jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysenko.
GEORGETOWN: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk memberi penerangan lanjut berkaitan etika dan moral bagi memastikan pesta bogel tidak berulang.
BERLIN: Penyerang berbisa Jerman, Miroslav Klose yang juga penjaring gol terbanyak Piala Dunia mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa, hari ini.
THE HAGUE: Penyiasat nahas udara Belanda berharap mengeluarkan laporan awal berhubung nahas pesawat MH17 di Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa “dalam beberapa minggu” lagi.
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang penganggur yang mengugut untuk membunuh ibunya sendiri.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif Sinaran Merdeka 2014 bagi menggalakkan pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.