ALOR SETAR: Penghuni asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar di sini, lari bertempiaran apabila bumbung bangunan terbabit diterbangkan angin kencang dalam kejadian petang semalam.
YAN: Calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim akan menubuhkan jawatankuasa permuafakatan ummah (JPU) bagi membangunkan masyarakat di kawasan Sungai Limau jika menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, 4 November ini.
KUALA LUMPUR: Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.
YAN: Kerajaan Pusat menerusi Program Kasih FELDA “Tautan Kasih, Limpahan Budi” sudah memperuntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja membaik pulih rumah penduduk kampung di sekitar daerah Yan.
KAMPAR: Bapa saudara kepada mangsa bunuh rompakan AmBank di USJ semalam, Ghazali Mat Deram,66, menyifatkan pembunuhan anak saudaranya, Norazita Abu Talib, 37, semalam sebagai perbuatan binatang dan sukar diterima akal.
YAN: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap satu laporan mengenai penggunaan pembesar suara oleh penyokong sebuah parti ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, di Dewan Datuk Madi di sini, s…
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani cabaran yang masih berterusan terutama di peringkat subnasional.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) akan memanggil lima kementerian dan dua jabatan kerajaan untuk tampil memberikan penjelasan susulan laporan yang diumumkan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Mencergaskan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat secara inklusif, akan menjadi teras utama Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.
Kuala Lumpur: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka kekal sebagai Presiden PAS selepas hanya satu pencalonan diterima bagi jawatan itu menjelang pemilihan sesi 2013-2015 muktamar PAS ke-59, bulan depan.