KOTA BHARU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan kira-kira 600,000 pekebun kecil getah akan memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2,500 sebulan menjelang 2015.
KUALA LUMPUR: Presiden baharu Gerakan Datuk Mah Siew Keong berjanji untuk menjadikan Gerakan sebuah parti yang lebih kuat apabila berakhirnya penggal pertama beliau menyandang jawatan itu pada 2016.
CAMERON HIGHLANDS: Operasi besar-besaran mencari dan menyelamat seorang wanita warga Indonesia dilaporkan dihanyutkan oleh banjir lumpur awal pagi Rabu lalu, ditamatkan jam 3 petang tadi.
YAN: Wakil rakyat digesa memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat di kawasan masing-masing, mengenai program menaik taraf kedai runcit di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar).
YAN: Wanita UMNO kini agresif untuk memastikan pengundi wanita yang merupakan lebih 50 peratus daripada 27,222 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau “berani hijrah” pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.
KUALA LUMPUR: Pusingan akhir Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 bernila US$7 juta (RM22.2 juta) di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini ditangguh selama tiga jam akibat hujan.
GUA MUSANG: Sebanyak 26 rumah yang didiami 100 penduduk di Kampung Batu Papan, Kampung Kundur dan Kampung Pulai di sini ditenggelami banjir awal pagi tadi berikutan hujan lebat sejak semalam.
KUALA TERENGGANU: Seramai 700 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah dikerah untuk menghadapi banjir menjelang musim tengkujuh.
KUALA LUMPUR: Kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering atau tuberkulosis (tibi) dikesan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
JOHOR BAHRU: Seorang konstabel polis maut akibat kemalangan motosikal ketika mengejar seorang penunggang lelaki dalam rondaan cegah jenayah di Kampung Baru Pandan, di sini hari ini.