KIEV: Empat belas orang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 10 askar kerajaan ketika pertempuran berdekatan lokasi nahas pesawat MH17, kata jurucakap tentera Ukraine hari ini.
KULAIJAYA: Mayat seorang lelaki dikerat dua yang dibungkus dalam dua beg plastik hitam secara berasingan ditemui di parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kulaijaya, 11.20 pagi.
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan perlahan berikutan orang ramai pulang ke ibu negara, setakat 1 tengah hari ini.
PUTRAJAYA: Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.
KUALA LUMPUR: Operasi kutipan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
JAKARTA: Anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat selepas bot membawa penumpang untuk pulang berhari raya karam dalam dua nahas berasingan, kata pegawai hari ini.
SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.
KOTA KINABALU: Polis menahan empat suspek lelaki tidak sampai 24 jam selepas mereka dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pergaduhan memukul dua pelajar lelaki warga Ireland di sebuah pusat hiburan di Asia City di sini, awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia bagi memantau tahap keselamatan keadaan keluar masuk di Tambak Johor dan Woodlands.
GEORGETOWN: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan datang.