Asus Zenfone 3 Laser, Smartphone Pertengahan Pada Harga RM999

Asus Zenfone 3 Laser

Penggunaan Laser Autofokus bukanlah satu perkara baru dalam industri telefon pintar. Ia mula digunakan pada LG G3 dalam menambah baik sistem kameranya. Kelebihaan menggunakan Laser Autofokus sudah semestinya meningkatkan kecepatan dan ketepatan kamera itu mengfokus objek terutamanya untuk fotografi pada jarak pendek.

Asus juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini pada kamera smartphone miliknya. Terdapat beberapa model yang telah menggunakannya termasuk Asus Zenfone Max, Asus Zenfone Zoom dan sebuah model baru Asus Zenfone 3 Laser.

Asus Zenfone 3 Laser merupakan model kesinambuangan kepada Asus Zenfone 2 Laser yang di perkenalkan pada tahun lepas dengan lebih 6 variasi model dengan saiz paparan, memori, prestasi serta spesifikasi yang berbeza. Untuk tahun ini mungkin hanya satu variasai sahaja untuk Asus Zenfone 3 Laser.

Perubahan ketara dapat dilihat pada reka bentuknya dimana model baru ini hadir dengan kerangka logam dan terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakangnya. Ia juga hadir dengan dua pilihan warna Emas dan juga Perak.

Asus Zenfone 3 Laser

Mengenai kameranya, sudah tentunya penggunaan Laser Autofokus sangat membantu mengfokus objek dengan lebih pantas iaitu sekitar 0.03 saat sahaja. Asus juga menggunakan kamera sensor dari Sony dengan 13 Megapixel, F2.0 untuk kamera utama serta 8 Megapixel, F2.0 di bahagian utama. Kameranya juga hadir dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk kualiti video yang lebih jelas tanpa gegaran.

Asus Zenfone 3 Laser

Di bahagian hadapan Asus Zenfone 3 Laser dimuatkan dengan skrin 5.5 inci pada resolusi 1080 x 1920 pixels. Ianya juga menggunakan lapisan kaca 2.5D dan dilindung oleh Corning Gorilla Glass 3. Di bahagian dalamnya, peranti ini menggunakan pemproses Snapdragon 430 dengan kemampuan Octa-Core 1.4 GHz CPU. Terdapat dua pilihan memori untuk peranti ini iaitu 32GB bersama 2 GB RAM dan 32GB yang hadir bersama 4 GB RAM. 

Asus Zenfone 3 Laser ZC551KLAsus Zenfone 2 Laser ZE551KL
PlatformAndroid 6.0.1 (Marshmallow)Android 5.0.1 (Lollipop)
PemprosesQualcomm MSM8937 Snapdragon 430Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615
CPUOcta-Core CPUQuad-Core CPU
PaparanSkrin IPS 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixelsSkrin IPS 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 32GB With 2GB RAM
  • 32GB With 4GB RAM
  • 16GB With 3GB RAM
  • 32GB With 3GB RAM
Kamera
  • 13 Megapixel F2.0 (Utama)
  • 8 Megapixel F2.0 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • 13 Megapixel F2.0 (Utama)
  • 5 Megapixel F2.0 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
RangkaianGPRS, EDGE, HSPA, LTEGPRS, EDGE, HSPA, LTE
BateriLi-Ion 3000 mAhLi-Po 5000 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Warna Silver
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di MalaysiaRM999RM599 – RM1099 (Bergantung Pada Variasi)

Asus Zenfone 3 Laser memiliki kelebihanya yang tersendiri. Selain memiliki sistem fokus yang pantas ia turut menawarkan spesifikasi terbaik pada harga yang rendah. Antara kelebihan Asus Zenfon 3 Laser Seperti di bawah :

  • Memiliki Pengimbas Cap Jari untuk ciri-ciri keselamatan yang lebih efektif.
  • Ruang memori dalaman dan RAM yang begitu besar.
  • Paparan 5.5 Inci yang besar dengan resolusi HD-Penuh untuk skrin yang lebih jelas dan terang.
  • Sokongan Dual-SIM dengan Internet pantas 4G LTE.
  • Kamera dengan Sistem Laser Autofokus yang pantas dan tepat.

Harga Asus Zenfone 3 Laser Di Malaysia

Di Malaysia peranti terbaik ini telah pun berada di pasaran tempatan. Harga Asus Zenfone 3 Laser di Malaysia ialah RM999 untuk model 32GB Memori yang hadir bersama 4 GB RAM. Ia telah boleh didapati dari pengedar rasmi Asus dan juga kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.

The post Asus Zenfone 3 Laser, Smartphone Pertengahan Pada Harga RM999 appeared first on Mesra Mobile.

| Artikel @ berita penuh

| Baca semua di BERITA

Nota: