ASUS ROG Swift PG348Q – Monitor Melengkung Memfokuskan Permainan Kini Di Malaysia, RM5999

Asus dibawah keluarga Republic of Gamers mereka mempunyai sejumlah produk-produk menarik dengan keupayaan grafik tinggi, dan rekaan yang menarik. Terkini, untuk pasaran Malaysia, Asus telah membawa masuk satu lagi peranti dibawah keluarga ROG, iaitu sebuah monitor melengkung.

Dinamakan sebagai Asus ROG Swift PG348Q, ia hadir membawakan skrin melengkung bersaiz 34-inci dengan rekaan ultra-lebar (21:9) dan menawarkan paparan pada resolusi QHD (3440×1440 pixel).

Monitor ini turut menyertakan rekaan monitor dengan bingkai tepi sangat nipis, selain turut menyertakan ciri khusus iaitu pengawalan efek dan pencahayaan LED, selain kadar segar semula pada 100Hz. Monitor ini juga turut menawarkan sokongan NVIDIA G-Sync untuk pengalaman permainan yang baik.

ASUS ROG Swift PG348Q

Bagi anda yang berminat dengan monitor melengkung yang memfokuskan permainan dan multimedia, anda boleh dapatkan monitor ASUS ROG Swift PG348Q pada harga RM5999. Ia turut hadir dengan tempoh jaminan selama 3 tahun.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: