Asus Mengumumkan Zenfone Untuk Pasaran Asia Tenggara

Pada Mobile World Congress Februari lepas, Asus telah memperkenalkan peranti keluarga Zenfone dan hari ini Asus telah mengadakan acara pengenalan produk Zenfone khusus untuk pasaran Asia Tenggara. Terdapat tiga variasi produk Zenfone yang diperkenalkan iaitu Zenfone 4, Zenfone 5, dan Zenfone 6.

asus-indo-4

Kesemua peranti Zenfone menggunakan cip pemprosesan Intel Atom dengan teknologi Hyper-Threading, beroperasi menggunakan Android Jelly Bean yang boleh dikemaskini kepada KitKat. Telefon ini turut menggunakan paparan antaramuka ZenUI dan juga mempunyai dua slot kad sim. Turut disertakan adalah khidmat storan awan Asus Open Cloud yang menyediakan storan 5GB secara percuma untuk kegunaan sepanjang hayat, serta skrin yang menggunakan Corning Gorilla Glass 3.

asus-indo-1 asus-indo-2 asus-indo-5 asus-indo-6

Antara perkara yang disertakan pada peranti Zenfone ini adalah paparan IPS HD dan kamera dengan teknologi PixelMaster – yang menyertakan beberapa ciri-ciri menarik berbanding kamera telefon pintar yang lain. Paparan antaramuka ZenUI-nya juga membawakan lebih banyak penambahbaikan dan memudahkan pengguna.

asus-indo2-4

asus-indo2-6 asus-indo2-7

Buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat berkenaan harga untuk pasaran Malaysia, namun, harganya pernah tertiris sebelum ini dan dijangka akan dijual pada penghujung bulan ini di Malaysia. Mengikut info tertiris sebelum ini, Zenfone 4 dikatakan berharga RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 berharga RM899.

Nota: