Asus Mengumumkan Kemaskini Android 4.4 KitKat Untuk FonePad Note 6 Dan Padfone Infinity

Bagi para pengguna phablet FonePad Note 6 dan juga Padfone Infinity. Hari ini, pihak Asus secara rasminya melalui akaun Twitter mereka telah mengumumkan kemaskini Android 4.4 KitKat, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru untuk kedua-dua peranti berkenaan.

Asus KitKat

Kemaskini kepada Android 4.4 KitKat ini membawakan beberapa pembaharuan baru, disamping beberapa aplikasi sedia ada dinamakan kepada nama baru, selain ada beberapa yang dibuang daripadanya.

Untuk Fonepad Note 6, kemaskini Android 4.4.2 KitKat ini membawakan kemaskini kepada antaramuka ZenUI, membawakan penambahan Easy Mode, Music, MyAsus, Omlet Chat, dan beberapa aplikasi lain. Disamping itu, App Locker kini digabungkan kepada Launcher, selain beberapa aplikasi seperti App Backup, MyLibrary dan sebagainya dibuang daripadanya.

Perkara yang lebih kurang sama juga untuk Padfone Infinity, dimana sejumlah aplikasi dibuang, dan ada antaranya seperti Asus Studio yang dinamakan kepada Gallery, selain Asus To-Do yang dinamakan kepada Do It Later.

Sekiranya anda menggunakan kedua-dua peranti berkenaan, anda boleh menyemak halaman sokongan dan memuat-turun fail kemaskini berdasarkan kepada jenis peranti anda hari ini.

Layari : Halaman produk Asus Padfone Infinity

Nota: