Asus Memperkenalkan Tablet Windows 8 Bersaiz 8-inci Dengan Sokongan Stylus

Selain komputer riba dwi-OS dan telefon pintar Asus Zenfone, pihak Asus turut sama memperkenalkan tablet Windows 8 dengan sokongan stylus Wacom digitizer, iaitu VivoTab Note 8.

Asus VivoTab Note 8

VivoTab Note 8 membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom Z3470, memori 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan HD dan ruangan storan sehingga 64GB.

Tablet ini menggunakan sistem operasi Windows 8.1, dan dengan penggunaan stylus, ia akan memudahkan pengguna mencatatkan nota mahupun membuat lakaran dan lain-lain.

Harga peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan melihatnya di pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.

Nota: