Asus, HTC Dan LG Dikatakan Antara Calon Untuk Mengeluarkan Nexus 7 2014

Asus telah dua kali berturut-turut mengeluarkan tablet Nexus 7, iaitu pada tahun 2012 dan juga tahun ini. Kini, beberapa ura-ura hadir berkenaan dengan tablet generasi akan datang Nexus 7, memperlihatkan beberapa calon untuk pengeluaran tablet tersebut.

Mengikut apa yang diperkatakan, Asus sekali lagi akan menjadi calon pilihan, selain antara yang lain termasuklah LG dan juga HTC. Ia dikatakan keputusan hanya akan dilakukan dalam beberapa bulan lagi, dan masih tidak diputuskan siapakah yang akan mengeluarkan tablet Nexus 7 baru.

Untuk makluman, Nexus 7 adalah salah satu tablet yang mendapat perhatian daripada Google, dimana ia dibangunkan bersama-sama pengeluar lain, dan menerima sokongan kemaskini Android terus daripada pihak Google.

Jadi, bagi anda, siapakah yang anda inginkan untuk pengeluaran tablet Nexus 7 generasi baru kelak?

Nota: