Bersama dengan pengenalan siri Asus Zenfone 4, pihak Asus turut memperlihatkan beberapa aksesori baru. Salah satu aksesori baru yang diperlihatkan adalah kamera 360-darjah yang dipanggil dengan nama mudah dikenali, iaitu Asus 360 Camera.
Kamera 360-darjah ini dihubungkan kepada sebarang peranti mudah-alih melalui sambungan USB-C atau mikro-USB. Pengguna perlu menghubungkan ia kepada ruangan port USB-C atau mikro-USB pada telefon mereka, dan kemudhan melalui sebuah aplikasi khusus, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video dalam bentuk 360-darjah.
Asus menggunakan dua lensa dengan rakaman luas 210-darjah untuk menjayakan perkara ini. Kamera 360-darjah ini turut menyokong siaran langsung 360-darjah, sokongan rakaman video 2K dan gambar 4K, selain beberapa mod khusus.
Wakil Asus mengatakan peranti ini bakal dipasarkan bermula bulan September ini, dan boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.