Asus FonePad 7 (FE375CG) Kini Di Malaysia – Dijana Menggunakan Cip Intel Atom 64-bit

Asus Malaysia hari ini mula menawarkan satu lagi variasi Fonepad 7, iaitu dengan nombor model FE375CG, dimana ia hadir dengan skrin 7-inci, sokongan dwi-SIM< dan turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara.

ASUS Fonepad 7 (FE375CG)

Dari segi spesifikasi, ia berbeza sedikit, dimana model ini dilengkapi dengan cip Intel Atom 64-bit Z3560 1.83GHz, dan turut membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk – kini lebih nipis dan ringan berbanding sebelumnya. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan dwi-speaker pada bahagian hadapan, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan mikro-SD sehingga 64GB.

ASUS Fonepad 7 (FE375CG)

Telefon-tablet ini dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, dan turut menyertakan antaramuka ZenUI seperti beberapa peranti lain. Asus turut menyertakan sokongan teknologi PixelMaster untuk rakaman gambar yang baik menggunakannya.

Pihak Asus turut menekankan kepada rekaan bahagian tepi skrin kepada kerangka yang lebih kecil, sekaligus memudahkan lagi untuk menggunakannya dengan hanya sebelah tangan.

Bagi anda yang inginkan peranti bersaiz besar, mungkin boleh melihat Fonepad 7 (ME375CG) ini, dimana versi yang hadir dengan saiz storan sebesar 8GB dijual pada harga RM649 di Malaysia.

Nota: