Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Arwah Pesan Suruh Baca SMS Sebelum Keluar Rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu berita di laman Sinar Harian yang agak mengejutkat. Jom baca berita penuh seperti di bawah.
KANGAR – Seorang lelaki ditemui mati lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Bangsal Lebah, Kayang, petang kelmarin.
Mohd Zairil Affendi Ariffin, 23, ditemui terapung di sungai itu kira-kira jam 6.45 petang oleh abangnya Mohd Zaiful Anuar, 27, yang keluar mencarinya selepas dia tidak pulang setelah keluar pada petang Ahad.
Menurut adik bongsunya Zuryani, 21, abangnya itu mula berkelakuan aneh sejak dua tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Abang saya mula bersikap murung dan sedih selepas kemalangan itu yang hampir meragut nyawanya dan baru-baru ini, dia pernah dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
“Tapi sebelum dia keluar rumah petang kelmarin (Ahad), dia ada pesan saya supaya membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbitnya jika dia tidak pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di sini semalam..
Ujar Zuryani setelah abangnya tidak pulang pada malam itu barulah dia membaca SMS berkenaan.
“Saya terkejut membaca SMS itu yang menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya, selepas itu saya terus memberitahu abang Zaiful supaya mencari Mohd Zaiful.
“Abang saya pergi mencarinya di sekitar kampung sehingga lewat malam sebelum meneruskan usaha mencari bersama sepupu kami pagi kelmarin, sehinggalah dia ditemui pada sebelah petang,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar berkata, laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas dan pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. – Sumber
If you enjoyed this post, you should read this: Cicak Masih Hidup Selepas Terperangkap Selama 10 Tahun