(April Fool) GMail Shelfie – Tetapkan Gambar Selfie Rakan Anda Sebagai Latar GMail

GMail meraikan 1 April sebagai ulang-tahun ke-10 mereka, dan menariknya untuk lawak jenaka GMail, mereka hadir dengan penggunaan Shelfie – iaitu tema dan gambar latar belakang GMail menggunakan gambar selfie rakan anda.

GMail Shelfie

Google menggunakan nama Shelfie untuknya, iaitu gabungan perkataan “Shareable Selfie” – memberikan idea pengguna boleh berkongsi gambar selfie mereka bersama yang lain untuk digunakan sebagai gambar latar GMail mereka.

Apa pun, bagi kami, kami lebih menyukai lawak jenaka beberapa tahun sebelum ini, seperti GMail Paper. Pada tahun lepas, pihak GMail hadir dengan lawak jenaka memfokuskan penggunaan perkhidmatan emel mereka dalam warna biru – GMail Blue.

Nota: