(April Fool) Chrome Untuk Android Menambah Fungsi Terjemahan Ke Bentuk Emoji

Pasukan Google Chrome turut tidak ketinggalan dengan fungsi khusus mereka bersempena dengan tarikh 1 April ini. Untuk pengguna Chrome di Android, mereka dilihat menambah sebuah fungsi khas yang membolehkan pengguna menerjemaah halaman web dalam bentuk emoji.

Google Chrome Emoji

Ia tidak diketahui lagi sama ada fungsi ini hadir melalui pasukan Google Translate ataupun melalui pasukan Google Chrome.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh klik pada butang menu, dan memilih untuk menterjemaah halaman ke bentuk emoji. Sebaik sahaja ia ditekan, pengguna akan dipaparkan dengan kandungan dalam bentuk emoji untuk beberapa perkataan yang ditetapkan, seperti senyum, rumah, dan sebagainya.

Jadi, adakah anda mengemari fungsi menerjemaah ke emoji yang ditawarkan oleh Google bersempena April Fool ini?

Nota: