Apple Watch Series 1 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM1199

Bersama-sama pengenalan Apple Watch Series 2, pihak Apple turut telah menjenamakan semula penawaran jam tangan pintar mereka. Generasi sebelumnya kini dinamakan sebagai Apple Watch Series 1, dan bersama-sama pengenalan generasi baru, versi lama kini telah diturunkan harga.

Ini adalah kali kedua pihak Apple menurunkan harga, selepas menurunkannya pertama kali ketika bulan Mac lepas.

Apple Watch Series 1 kini lebih RM100 murah berbanding sebelum ini, dan harga untuk model 38mm dijual pada harga bermula RM1199 (sebelumnya RM1299), sementara model 42mm pula dijual pada harga bermula RM1299 (sebelumnya 1499).

Jam tangan pintar ini juga kini menawarkan kemaskini pada cip pemprosesan, disamping dilengkapi dengan sistem operasi Apple WatchOS 3 yang menawarkan beberapa ciri-ciri baru.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman jualan Apple untuk melihat penawaran penuh Apple Watch Series 1 ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: