Apple Putuskan Untuk Lancar Apple iPhone 7 Pada 7 September ini

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Apple hari ini telah mengesahkan mereka akan melancarkan dua model iPhone pada satu majlis khas yang akan berlansung pada 7 September ini di San Francisco.

Seperti sebelum ini, Tahun ini Apple akan memperkenalkan dua model iPhone iaitu Apple iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus dengan saiz paparan yang sama sepeeti sebelum ini. IPhone 7 bakal hadir dengan skrin 4.7 inci manakala iPhone 7 Plus pula bakal hadi dengan skrin 5.5 inci.

Untuk dibahagian dalamnya sudah tentunya akan hadir dengan spesifikasi yang serba baru. Kedua-dua model baru ini dijangka hadir dengan cip Apple A10 dengan 2 GB RAM serta ruang memori yang bermula dari 32GB sehingga 256GB.

Bagi kamera, Apple berkemungkinan menggunakan kamera dengan resolusi yang sama dengan model sebelum ini iaitu 12 Megapixel di bahagian belakang dan 5 MP untuk selfie. Bagi model Plus mungkin akan dilengkapi dengan Dual kamera untuk kualiti gambar yang lebih cantik dan jelas.

Salah satu kelebihan untuk iPhone 7 yang bakal dilancarkan 7 September ini ialah dijangka hadir dengan ciri-ciri kalis air dan debu. Rekaannya juga sedikit berubah dengan port headset yang telah dibuang bagi kelkalkan rekaan yang lebih nipis. Untuk spesifikasi rasmi Apple iPhone 7 dan harganya akan menyusur 7 September ini.

The post Apple Putuskan Untuk Lancar Apple iPhone 7 Pada 7 September ini appeared first on Mesra Mobile.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: