Apple Menyambut Ulang-Tahun Ke-30 Untuk Mac

Steve Jobs telah memperkenalkan macintosh 128K pada 24 Januari 1984 yang lepas, dan kini selepas 30 tahun, komputer Mac daripada Apple terus menjadi pilihan, dan sejak daripada pengenalannya, penggunaan Mac daripada Apple telah mula digunakan dalam pelbagai sektor.

Bersempena dengannya, pihak Apple turut menyediakan sebuah halaman khas untuk pengguna Mac, dalam menyumbang data penggunaan mereka, sekaligus melihat bagaimanakah penggunaan Mac berubah mengikut tahun-tahun sejak 1984 hingga hari ini – 2014.

Secara kasarnya, boleh dilihat dimana Mac pada awalnya digunakan untuk penerbitan desktop dan juga pengajaran, dan kemudiannya kini lebih berubah kepada penggunaan internet, perniagaan dan juga fotografi.

Jadi, anda, sekiranya menggunakan Mac, apakah penggunaan utama anda menggunakannya?

Nota: