Apple Menjadualkan Acara Media Pada 7 September – iPhone 7 Bakal Diperkenalkan?

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa bagi suatu acara yang dijadualkan pada 7 September di Amerika Syarikat (8 September untuk waktu Malaysia). Pada acara berkenaan, Apple dijangka memperkenalkan produk baru mereka yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 7.

Desas-desus mengenai iPhone generasi baru (atau iPhone 7 seperti dipanggil ramai) telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas. Apple dikatakan bakal mengguna rekaan sama seperti iPhone 6 dan 6S sebelum ini, tetapi membawakan sedikit perubahan.

Salah satu perkara yang diperkatakan adalah dimana iPhone 7 mungkin tidak menyertakan sokongan audio-jack dan hanya menggunakan satu port sahaja untuk pelbagai perkara – dari pengecasan, mendengar lagu, memindahkan data dan sebagainya.

Beberapa desas-desus turut mengatakan mungkin terdapat versi iPhone yang turut hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang padanya.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini semasa ketika acara media Apple ini kelak.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: