Lanjutan daripada laporan mengatakan PrimeSense diambil-alih oleh Apple, hari ini pihak Apple telah pun mengesahkan perkara tersebut. Mengikut laporan sebelum ini, harga pengambil-alihan dikatakan sekitar $360 juta.
PrimeSense terkenal dengan pembangunan teknologi sensor mereka, dimana ia telah sedia digunakan pada versi pertama Microsoft Kinect.
Buat masa ini, bagaimanakah Apple akan mengimplementasikan sokongan sensor pada produk mereka ini masih menjadi tanda tanya. Pelbagai spekulasi mengatakan selain daripada peranti mudah-alih, teknologi daripada PrimeSense juga bakal menguntungkan set televisyen dan jam tangan pintar yang diperkatakan akan hadir setahun dua lagi.