Apple Menawarkan Satu Hadiah Percuma Melalui iTunes Selama 12 Hari

12 Days of GiftBersempena dengan musim perayaan, pihak Apple turut sama menyediakan hadiah percuma untuk pengguna mereka melalui kempen yang dinamakan sebagai “12 Days of Gifts”.

Melaluinya, bermula daripada 26 Disember ini sehingga 6 Januari, pihak Apple akan menawarkan satu kandungan atau aplikasi percuma melalui iTunes kepada pengguna mereka. Menurut Apple, setiap kandungan mungkin berbeza-beza untuk pengguna setiap negara.

Bagi memudahkan pengguna mengikuti hadiah percuma untuk sesuatu hari itu, pihak Apple turut sama menyediakan sebuah aplikasi khas di iTunes yang boleh dimuat-turun pada iPhone ataupun iPad pengguna.

Jika anda menggunakan peranti iOS, ataupun mempunyai akaun iTunes, mungkin boleh mendapatkannya dan menambah beberapa hadiah yang ditawarkan percuma oleh Apple pada peranti anda.

Nota: