Apple Memperkenalkan iCloud Drive – Memudahkan Fail Di Sync Di Mac, iOS Dan Windows

Dengan beberapa perkhidmatan sedia ada seperti Dropbox, Google Drive, dan Box, pihak Apple dilihat tidak ingin ketinggalan dan hari ini telah memperkenalkan iCloud Drive.

Apple iCloud Drive

iCloud Drive dilihat berfungsi selari dengan iCloud, dan menawarkan fungsi seumpama beberapa perkhidmatan storan awan lain. Pengguna boleh menguruskan pelbagai fail dan dokumen mereka terus daripada tetingkap komputer mereka menggunakan iCloud Drive ini.

Apple iCloud Drive

Sebaik sahaja fail disimpan di iCloud Drive, pengguna boleh mengaksesnya menggunakan peranti iOS seperti iPhone, iPad, ataupun melalui komputer OS X mereka. Menariknya, selain platform Apple, mereka juga turut menyediakan sokongan iCloud Drive untuk para pengguna Windows. Ia tidak diketahui lagi sama ada perkhidmatan sama akan diperluaskan kepada pengguna Android dan Windows Phone ataupun tidak.

Bersama-sama pengenalan iCloud Drive ini, pihak Apple turut mengumumkan struktur harga baru untuk iCloud. Mereka akan menawarkan 5GB secara percuma untuk semua pengguna, dan 20GB pada harga $1/sebulan, dan 200GB pada harga $3.99/sebulan.

Jadi, mungkinkah ia akan memberikan cabaran kepada beberapa perkhidmatan sedia ada, ataupun sebaliknya?

Nota: