Apple Memperkenalkan Dan Menarik Kembali Kemaskini iOS 8.0.1

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini kecil kepada sistem operasi iOS mereka, iaitu versi iOS8.0.1 – dimana disasarkan untuk membawa kepada beberapa kemaskini dari segi pepijat yang didapati pada iOS8.0 – termasuk meliputi HealthKit, papan kekunci pihak ketiga, dan beberapa perkara lain.

iOS 8

Kemaskini ini ditawarkan kepada semua pengguna peranti iOS8 – namun para pengguna yang menerima kemaskini dinasihatkan tidak melakukannya buat masa ini. Pihak Apple sendiri telah mula berhenti menawarkannya kepada pengguna kerana terdapat beberapa masalah baru yang dikenal-pasti hasil penggunaan kemaskini baru ini.

Antara laporan awal yang hadir mengatakan fungsi selular dan TouchID tidak dapat digunakan pada peranti yang menggunakan kemaskini ini. Masalah ini dilihat dihadapi oleh pengguna iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, sebaliknya pengguna lain tidak menghadapi masalah berkenaan buat masa ini.

Pihak Apple mengatakan mereka sedang menyiasat perkara ini, dan mungkin akan menawarkan kembali kemaskini iOS 8.0.1 sebaik sahaja masalah tersebut telah diatasi mereka.

Nota: