Bagi anda yang sedang mencari iPhone 7 dengan storan bersaiz mencapai 256GB, kini beberapa penjual sedang menawarkan ia pada harga rendah.
Pihak Lazada menawarkan iPhone 7 256GB dengan pilihan warna Jet Black pada harga RM3469 (berbanding harga jualan biasa RM4199).
DirectD turut menawarkan iPhone 7 256GB pada harga diskaun, iaitu RM3666. Tetapi hanya terhad sehingga 4 September.