Apple Healthbook Dilaporkan Akan Turut Membantu Menganalisa Darah Selain Kecergasan

Apple HealthbookApple sedia dikatakan akan hadir dengan sebuah aplikasi baru dinamakan Healthbook bersama-sama dengan iOS 8 kelak. Kini, 9To5Mac berkongsi beberapa info tambahan mengenainya, serta lakaran gambar untuk aplikasi tersebut.

Apple Healtbook ini dilihat akan berfungsi berkemungkinan dengan peranti pihak ketiga ataupun mungkin aksesori daripada Apple sendiri – seperti iWatch yang diperkatakan sebelum ini.

Menggunakannya, pengguna boleh memantau pelbagai aktviti kecergasan mereka dengan mudah, dan menggunakan data yang dikumpulkan untuk analisa lanjut.

Pada masa yang sama, aplikasi Healthbook turut dilihat menyertakan sokongan untuk membuat penganalisaan berkaitan dengan darah, seperti tekanan darah dan juga kadar gula dalam darah. Ia tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah ia akan berfungsi dan mungkin ia bergantung kepada beberapa aksesori lain.

Apple Healthbook

Selain itu, aplikasi ini juga dilihat akan membolehkan pengguna memantau corak tidur mereka serta sebuah Emergency Card untuk mencatatkan pelbagai data berkaitan untuk digunakan ketika kecemasan.

Apple dikatakan dalam persiapan untuk memperkenalkan aplikasi Healtbook ini bersama-sama kemaskini iOS 8 kelak. Namun, ia tidak mustahil untuk pihak Apple menangguhkan pengenalannya kepada umum, dan memperkenalkannya ketika ia telah selesai dibangunkan sepenuhnya.

Nota: