Apple Dilihat Menambah Sokongan FaceTime Audio Pada OS X 10.9.2 Beta

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan OS X 10.9.2 Beta kepada pembangun, dimana beberapa pembaharuan dan penambah-baikkan disertakan melalui kemaskini sistem operasi tersebut.

FaceTime Audio OSX

Salah satu fungsi yang menarik perhatian adalah sokongan untuk panggilan audio, FaceTime Audio pada OS X.

Apple sedia memperkenalkan fungsi FaceTime Audio pada iOS 7 baru-baru ini, membolehkan pengguna membuat panggilan audio sahaja (tanpa video) melalui FaceTime.

Menurut 9To5Mac, sokongan FaceTime Audio ini diintegrasikan pada Messages dan juga aplikasi FaceTime sendiri. Menggunakannya, pengguna boleh menjawab panggilan audio melalui FaceTime terus pada desktop mereka, tanpa perlu mencapai iPhone seperti sebelumnya.

Apa pun, memandangkan ia masih lagi pada versi pembangunan, maka tidak diketahui bilakah fungsi tersebut akan diperkenalkan kepada semua pengguna OS X.

Nota: