Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone 6 Dengan Skrin Sedikit Besar Pada Resolusi 1704×960 Pixel

Beberapa kali sebelum ini kita sedia mendengar mengenai berita mengatakan Apple sedang menguji iPhone 6 dengan skrin lebih besar. Kini, mengikut laporan terbaru daripada pihak 9To5 Mac, salah satu peranti yang diuji oleh Apple itu membawakan resolusi pada 1704×960 pixel.

iPhone Resolusi Tinggi

Sebelum ini, ia pernah dikatakan yang mana Apple akan menawarkan dua saiz berbeza untuk peranti baru mereka, iaitu pada saiz skrin 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Apple dikatakan akan memperkenalkan ia berkemungkinan seawal bulan Ogos ini.

Bercakap mengenai sistem operasinya, ia dikatakan akan dioptimasikan secara automatik, tetapi mungkin sedikit kabur sekiranya pembangun untuknya tidak mengoptimasikan grafik pada aplikasi mereka untuk skrin bersaiz besar ini.

Apple menjadualkan acara WWDC pada bulan hadapan, dan berkemungkinan kita akan mendengar serba sedikit mengenai iOS 8 pada acara berkenaan kelak.

Nota: