Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Bersama McLaren Untuk Pengambil-Alihan

Apple hari ini dilaporkan dalam perbincangan bersama McLaren Technology Group untuk pengambil-alihan, sekaligus membolehkan Apple menyertai arena automotif. Apple sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan teknologi kereta pemanduan sendiri sejak dua tahun yang lepas.

Daripada laporan Financial TImes, pihak Apple dikatakan sedang dalam perbincangan sama ada untuk pengambil-alihan keseluruhan McLaren, ataupun membuat pelaburan strategik pada syarikat berkenaan.

McLaren merupakan salah satu pengeluar automotif yang terkenal dengan pasukan lumba F1 mereka, disamping kepakaran mereka dalam arena automotif, dan penawaran kereta lumba mewah. Ia dikatakan McLaren dinilai sekitar £1.5 bilion.

Bercakap mengenai arena automotif, Apple sebelum ini turut telah membuat pelaburan strategik pada syarikat Didi Chuxing di China yang menyediakan perkhidmatan tempahan kenderaan seumpama Uber.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: