Apple Dilaporkan Akan Menghentikan Penawaran iPad 2

Apple iPad 2 boleh dikatakan salah satu tablet yang ditawarkan oleh Apple untuk suatu tempoh masa yang lama, walaupun dengan pengenalan iPad Retina dan iPad Air. Namun, kini ia dilaporkan Apple akan menghentikan penawaran produk berkenaan.

iPad 2 merupakan iPad yang tidak membawakan resolusi Retina, dan merupakan iPad pada saiz 9.7-inci yang ditawarkan pada harga rendah berbanding iPad Retina dan iPad Air.

Namun, dengan pengenalan iPad Mini, ia dilihat lebih ramai mula mendapatkannya, apatah lagi dengan saiz dan juga sokongan Retina yang diperkenalkan pada tahun lepas.

iPad 2 yang diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas adalah salah satu tablet yang popular, serta merupakan yang terawal untuk ditawarkan dengan sokongan Smart Cover dan kamera hadapan untuk FaceTime.

Nota: