Apple Dilaporkan Akan Mengeluarkan Pengeluaran iPhone Bersaiz Besar Pada Bulan Hadapan

Apple pada tahun ini telah diperkatakan bakal hadir dengan dua variasi saiz iPhone, yang mana lebih besar berbanding iPhone sedia ada di pasaran pada hari ini. Mengikut Bloomberg, Apple sedang menyiapkan dua telefon pintar, iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga pada saiz 5.5-inci.

Ia dilaporkan kedua-dua variasi telefon pintar Apple ini akan memulakan pengeluaran mereka pada bulan hadapan, dan bakal dijual bermula di Amerika Syarikat sekitar bulan September kelak.

Dari segi rekabentuk, kedua-dua peranti ini dikatakan akan membawakan rekaan yang lebih nipis, dan lebih bulat berbanding versi sebelum ini. Apple turut dikatakan akan menyertakan sokongan sensor yang lebih baik pada peranti mereka ini.

Di pasaran mudah-alih hari ini, kebanyakkan peranti yang dijual bersaiz sekitar 5-inci, dimana pengguna meminati skrin lebih besar yang memudahkan mereka menikmati fail berbentuk multimedia, memainkan permainan, membaca web dan melakukan pelbagai tugasan lain dengan mudah. Perkara ini sekaligus memberikan tekanan kepada pihak Apple untuk hadir dengan peranti bersaiz lebih besar berbanding tawaran sedia ada mereka.

Kedua-dua telefon pintar baru daripada Apple ini bakal menggunakan iOS 8 sebagai sistem operasinya.

Nota: