Apple Dikatakan Berminat Untuk Mengambil-Alih Path

PathApple sebelum ini pernah mencuba dalam arena laman sosial melalui perkhidmatan yang dinamakan Ping, tetapi ia dilihat gagal menarik minat pengguna dan ditamatkan selepas beberapa tahun. Kini, nampaknya gergasi perkomputeran tersebut turut ingin mencuba sekali lagi dengan mengambil-alih Path.

Perkara ini masih lagi dalam peringkat desas-desus, dimana ia dikatakan Apple sedang membincangkan pengambil-alihan Path. Ia dikatakan berkemungkinan pihak Apple mengekalkan Path beroperasi seperti biasa tanpa mengintegrasikan ia kedalam ekosistem Apple – lebih kurang seperti beberapa perkhidmatan lain yang diambil-alih mereka.

Path sedia menawarkan perkhidmatan sosial peribadi, membolehkan pengguna berkongsi pelbagai kemaskini melaluinya – dan ia lebih bersifat privasi berbanding Facebook dan Twitter. Path juga baru-baru ini telah menyertai arena permesejan dengan pengenalan Path Talk.

Seperti biasa, tiada komen rasmi daripada kedua-dua pihak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.

Nota: