Apple Dijangka Melancarkan Mac Mini Baru

Seperti dikhabarkan tidak lama dahulu, Apple dijangka akan mengadakan sebuah acara pelancaran dalam bulan Oktober ini dan antara yang dijangka akan diperkenalkan adalah barisan iPad baru. Kini maklumat baru mengatakan syarikat itu mungkin akan melancarkan model Mac Mini baru.

mac mini 2012 01-578-80

Apple Dijangka Melancarkan Mac Mini Baru

Kali terakhir Apple menlancarkan model baru Mac Mini adalah pada tahun 2012, di mana ia menaiktaraf model tersebut dengan pemproses Intel Ivy Bridge. Menurut MacRumors, Apple akan memperbaharui model tersebut dan ia akan dijual dengan dipasang dengan versi terbaru Mac OS X Yosemite.

Tidak dapat dipastikan apa lagi akan diperbaharui pada komputer berkenaan, tetapi jika dilihat pada sejarah, kemungkinan besar ia akan didatangkan dengan pemproses terbaru, dalam kes ini pemproses baru itu mungkin Intel Core M.

Model Mac Mini tahun 2012 dilengkapi pemproses Ivy Bridge kini dijual pada harga serendah RM1,999 tetapi tidak didatangkan dengan monitor mahupun keyboard dan mouse. Namun rekabentuknya yang kecil dan serba boleh menjadikannya popular sebagai sebuah server.

Sebagai pengguna Mac Mini juga, admin boleh merekomen komputer ini untuk mereka yang mula-mula ingin memasuki alam Mac OS X. Ia murah dan berkuasa (boleh dinaiktaraf ke Core i7). Pengguna juga boleh menaiktaraf sendiri modul RAMnya dengan mudah denganmembuka penutup di bahagian bawahnya.

Menurut mereka yang telah menggunakan komputer ini dengan lebih lama, modul RAM komputer PC juga boleh digunakan dalam Mac ini, menjadikannya lebih popular lagi. Diharap Apple tidak mengeluarkan ciri istimewa ini pada model akan datang.

Penguna juga boleh menggunakan keyboard dan mouse PC, namun disyorkan untuk membeli keyboard Mac kemudian apabila berkemampuan. Pengguna juga tidak dihadkan untuk menggunakan monitor Apple yang mahal, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana monitor (atau TV LCD) selagi ia mempunyai sokongan HDMI atau Displayport.

The post Apple Dijangka Melancarkan Mac Mini Baru appeared first on TechKini.com.

Nota: