Apple Diarahkan Membayar Pampasan RM 2.16 Billion Kerana Menggunakan Paten Tanpa Kebenaran

Apple telah diarahkan untuk membayar pampasan bernilai $506 Juta (RM 2.16 Billion) kepada  kerana didapati bersalah menggunakan paten pemprosesan cip milik University of Wisconsin tanpa kebenaran. Paten telah digunakan untuk menghasilkan cip Apple A7, A8 dan A8X.  Mahkamah pada asalnya menetapkan bayaran pampasan berjumlah $267 Juta (RM 1.14 Billion) kepada plaintif tetapi Apple melakukan rayuan terhadap jumlah yang dikenakan.

Jumlah pampasan baru $506 Juta dianugerahkan kepada plaintif setelah mempertimbangkan jumlah bunga yang dikenakan serta paten yang terus disalahgunakan Apple sehingga ia luput pada Disember 2016. Rayuan dilakukan oleh Apple pada tahun 2015 kerana mengatakan paten yang dimiliki University of Wisconsin adalah tidak sah.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: