Apple Dan IBM Bekerjasama Untuk Membawa iPhone Dan iPad Kepada Pelanggan Perusahaan

IBM dan Apple sebelum ini merupakan pesaing antara satu sama lain ketika dunia perkomputeran berkembang. Namun, kini ia berubah apabila kedua-dua syarikat berkenaan mengumumkan kerjasama dalam memfokuskan kepada para pelanggan perusahaan.

IBM - Apple

IBM sedia digunakan kebanyakkan pelangan perusahaan, dan mereka mempunyai penawaran khusus dari segi pengurusan peranti, penawaran perkhidmatan awan, sekuriti dan sebagainya. Melalui kerjasama ini, IBM akan menjual peranti daripada Apple, iaitu iPhone dan iPad kepada pengguna perusahaan, yang mana turut hadir dengan pelan khusus AppleCare, disamping beberapa pakej perkhidmatan khas daripada IBM. Penawaran ini juga turut akan menyertakan beberapa aplikasi natif untuk industri yang dibangunkan khusus untuk iPhone dan juga iPad.

Pada hari ini, iPhone dan iPad boleh dikatakan antara peranti yang digunakan ramai pengguna untuk urusan kerja – dan kerjasama ini mungkin akan memudahkan lagi penawaran produk Apple dalam arena perusahaan, sekaligus bersaing dengan beberapa produk lain.

Jadi, mungkinkah kerjasama ini akan memberikan impak kepada pihak BlackBerry yang sedia memfokuskan pengguna perusahaan sejak sekian lama?

Nota: