Apple Bakal Menyiarkan Ucaptama WWDC 2014 Secara Langsung

Apple bakal mengadakan acara tahunan mereka, WWDC pada minggu hadapan, 2 Jun. Seperti beberapa kali sebelum ini, kini Apple turut dilihat mengumumkan yang mana mereka akan menyiarkan ucaptama untuk acara berkenaan secara langsung melalui beberapa platform mereka.

Apple WWDC 2014

WWDC 2014 merupakan salah satu acara yang memfokuskan kepada pembangun, dimana Apple dijangka akan memperlihatkan kemaskini sistem operasi OS X dan juga iOS pada acara berkenaan.

Daripada halaman berkenaan, pihak Apple mengatakan pengguna akan memerlukan Safari di OS X, iOS, dan Windows (dengan penambahan QuickTime) untuk menontonnya. Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menontonnya menggunakan Apple TV.

Acara ucaptama ini bakal diadakan pada 2 Jun (waktu Malaysia : 3 Jun) kelak, dan seperti biasa, kami akan membawakan pelbagai kemaskini langsung daripada acara berkenaan.

Nota: