Apple Akan Mengadakan Acara Tahunan WWDC Pada 2 Jun 2014

Apple hari ini secara rasminya mengumumkan akan mengadakan acara tahunan memfokuskan kepada para pembangun, WWDC pada 2 Jun ini kelak (waktu Malaysia 3 Jun). Acara ini akan diadakan selama 5 hari, iaitu sehingga 6 Jun 2014.

Apple WWDC 2014

Pada acara berkenaan, selalunya pihak Apple akan berkongsi mengenai beberapa perkara baru yang dalam pembangunan, terutamanya memfokuskan kepada iOS dan juga OS X.

Untuk tahun ini, Apple tidak lagi membuka pendaftaran untuk mereka yang awal, sebaliknya sistem pendaftaran rawak diperkenalkan, sekaligus memberikan peluang yang sama rata kepada semua pembangun seluruh dunia.

Bagi para pembangun yang berminat, boleh ke laman Apple Developer untuk mendaftarkan diri dan mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Nota: