Aplikasi VLC Media Player Diterbitkan Untuk Pengguna Windows 8

Setelah sekian lama membangunkan aplikasi pemain media VLC yang dioptimasikan untuk paparan Metro (ModernUI), hari ini pembangunnya secara rasminya memperkenalkan ia di Windows Store dalam bentuk beta.

VLC Media Player

VLC Media Player

Menggunakan pemain media VLC ini, pengguna boleh memainkan pelbagai format fail multimedia popular menggunakannya, termasuk OGG, FLAC dan juga MKV.

Memandangkan ia masih dalam bentuk beta, maka mungkin terdapat beberapa masalah yang masih belum dikenal-pasti, dan mungkin ia tidak beroperasi dengan baik sepenuhnya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Windows Store hari ini.

Nota: