Aplikasi Video Tuner Hadir Untuk Memudahkan Penyuntingan Video Di Peranti Nokia Lumia

Windows Phone boleh dikatakan kekurangan aplikasi penyuntingan video yang menarik, dan untuk mengatasinya, kini pihak Microsoft (Nokia) memperkenalkan aplikasi Video Tuner yang dibangunkan khusus untuk peranti-peranti Lumia.

Video Tuner

Menggunakan aplikasi ini, ia membawakan beberapa sokongan asas untuk memudahkan pengguna membuat penyuntingan video terus pada telefon pintar mereka. Antara sokongan yang hadir termasuk membuat cropping, menambah muzik, menambah kesan penuras pada video, dan beberapa fungsi ringkas lain.

Seperti biasa, sebaik sahaja selesai membuat penyuntingan video, pengguna boleh berkongsi hasil mereka dengan rakan-rakan lain terus melalui laman sosial – dimana video tersebut akan disimpan di OneDrive.

Bagi pengguna peranti Lumia, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi Video Tuner dan mencubanya sendiri dalam membuat penyuntingan pantas video pada telefon pintar Windows Phone anda.

Nota: