Aplikasi Sticky Daripada Pembangun Prisma Memudahkan Anda Mengubah Gambar Menjadi “Sticker”

Bagi anda yang gemar melakukan penyuntingan menggunakan peranti mudah-alih, mungkin pernah mencuba Prima sebelum ini. Melalui Prisma sebelum ini, kita dapat melihat aplikasi berkenaan menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dalam menghasilkan suatu kesan tambahan menarik pada sesuatu gambar – sekaligus menjadikannya sebuah hasil seni menarik.

Kini, pembangun aplikasi Prisma turut hadir dengan sebuah lagi aplikasi baru yang dinamakan sebagai Sticky AI.

Melalui Sticky AI, ia memfokuskan kepada menghasilkan gambar selfie anda sebagai sebuah sticker, dan menggunakan ia untuk dikongsikan pada aplikasi permesejan.

Seperti Prisma, Sticky AI turut menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dalam hadir dengan hasil akhir lebih pantas berbanding dengan kebiasaan. Beberapa kesan tambahan turut disediakan dalam menjadikan ia dalam bentuk kartoon, atau turut menambah teks dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Sticky AI dan mencubanya sendiri. Buat masa ini, ia ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja.

Muat-Turun Sticky AI untuk iPhone

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: