Aplikasi Sony Lifelog merupakan aplikasi yang diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan Sony SmartBand. Setelah hanya ditawarkan untuk peranti Xperia sebelum ini, kini pihak Sony turut memperluaskannya untuk pengguna peranti Android yang lain.
Apa pun, untuk menggunakannya, pengguna memerlukan menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat dan terkini.
Aplikasi Sony Lifelog digunakan sebagai pelengkap dalam membolehkan pengguna mengikuti data-data berkaitan aktiviti harian mereka yang dirakamkan menggunakan Sony SmartBand.
Di Malaysia, Sony SmartBand ditawarkan pada harga RM399, dan dengan pengenalan aplikasi ini kepada semua peranti, ia sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna Android menggunakannya, dan tidak eksklusif untuk pengguna peranti Sony sahaja.