Aplikasi Slingshot Daripada Facebook Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Facebook pada minggu lepas telah memperkenalkan salah satu aplikasi baru dinamakan Slingshot yang mana hadir dengan fungsi perkongsian yang agak berbeza. Ketika pelancaran, Facebook hanya menawarkan aplikasi berkenaan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan kini, selang seminggu aplikasi tersebut mula ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Slingshot

Slingshot merupakan produk dibawah Facebook Creative Labs, dimana melalui aplikasi berkenaan, ia memfokuskan kepada perkongsian gambar dan video dikalangan pengguna. Apa pun, untuk seseorang pengguna melihat media yang dihantar rakan mereka, pengguna tersebut perlu membalas mesej yang diterima dengan gambar dan video mereka terlebih dahulu.

Kami kurang pasti sama ada konsep ini akan mempunyai penggunaan yang tinggi atau berterusan dikalangan pengguna ataupun sebaliknya. Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini pada peranti Android dan iOS anda, dan mencubanya sendiri hari ini.

Nota: