Aplikasi Mega Akan Ke Windows Phone Pada Awal Tahun 2014

Perkhidmatan storan Mega telah sedia diperkenalkan untuk pengguna peranti mudah-alih berasaskan Android dan iOS. Kini, ia turut dikongsikan yang mana ia akan hadir ke platform Windows Phone tidak lama lagi.

Selain untuk peranti mudah-alih, perisian desktop untuk sync juga turut dijangka akan hadir tidak lama lagi.

Dengan pengenalan pada pelbagai platform, ia sekaligus akan membolehkan perkhidmatan Mega digunakan dengan meluas untuk tujuan kolaborasi dan juga untuk tujuan perkongsian fail dan sync fail dan dokumen pada pelbagai peranti.

Sebelum ini, pada minggu lepas, pihak MediaFire turut sama telah memperkenalkan perisian desktop mereka untuk tujuan sync.

Mungkinkah kita akan melihat perkembangan sihat dalam arena perkomputeran dan storan awan pada tahun hadapan?

Nota: