Aplikasi Maybank2U Untuk Android Dan iOS Hadir Dengan Fungsi “Cardless Withdrawal”

MaybankAkhir-akhir ini, kita mendengar pelbagai kemaskini dan fungsi baru daripada pihak CIMB. Nampaknya, “bank harimau” turut sama tidak ingin ketinggalan, dan melalui kemaskini terbaru aplikasi Android dan iOS untuk Maybank2U, ia membawakan fungsi “Cardless Withdrawal”.

Fungsi ini dikatakan yang pertama di Malaysia oleh Maybank, membolehkan para pengguna untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM di Malaysia tanpa mempunyai sebarang kad ATM.

Ia juga turut sama membolehkan pengguna memindahkan atau membuat transaksi wang kepada pengguna lain walaupun mereka tidak mempunyai akaun Maybank.

Fungsi Cardless Withdrawal ini membolehkan transaksi dilakukan melalui Maybank2U, dan sebuah SMS akan dihantar kepada penerima.

Seterusnya, penerima tersebut boleh menggunakan kod yang dihantar melalui SMS berkenaan – memasukkannya pada mesin ATM Maybank, dan menerima duit serta-merta.

Pada era dunia teknologi kini, boleh dikatakan ada kalanya kita terlupa untuk membawa dompet tetapi tidak bagi telefon kita. Ini akan memudahkan proses pengeluaran wang ketika pengguna memerlukannya tanpa keperluan kad ATM Maybank seperti sebelum ini.

Nota: