Aplikasi IndieGogo Untuk iPhone Diperkenalkan – Memudahkan Anda Melihat Pelbagai Idea Kreatif Baru

IndieGogo merupakan salah satu laman pengumpulan dana, dimana pelbagai projek menarik pernah disenaraikan pada laman tersebut. Terkini, dengan dunia peranti mudah-alih yang semakin popular dari hari ke hari, pihak IndieGogo turut melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk iOS.

IndieGogo iPhone

Menggunakan aplikasi IndieGogo ini, selain membolehkan pengguna melihat projek-projek menarik, ia turut membolehkan pengguna untuk mengikuti perkembangannya dan berkongsi sesuatu projek terus ke laman sosial. Bagi pemilik projek pula, mereka boleh mengikuti perkembangan pengumpulan dana, menguruskan komen dan sebagainya menggunakan aplikasi sama.

Versi Android untuk aplikasi sama dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini dari Apple AppStore secara percuma hari ini untuk iPhone.

The post Aplikasi IndieGogo Untuk iPhone Diperkenalkan – Memudahkan Anda Melihat Pelbagai Idea Kreatif Baru appeared first on Amanz.

Nota: