Aplikasi Google Analytics Diperkenalkan Untuk iPhone – Pantau Statistik Terus Pada Telefon Anda

Google AnalyticsGoogle Analytics merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google ditujukan khas untuk pembangun web, dimana menggunakan pelbagai data dan statistik dapat dipantau, sekaligus melihat trend pengguna dan pembaca di sesuatu web.

Sebelum ini, pihak Google telah memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk Google Analytics pada Android, dan kini selepas sekian lama, aplikasi tersebut turut diperkenalkan untuk pengguna peranti iOS – iPhone dan iPad.

Menggunakan aplikasi tersebut, pengguna dipaparkan dengan pelbagai perubahan dan data semasa statistik dalam bentuk masa-nyata. Paparannya juga dioptimasikan untuk skrin kecil, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui pelbagai perkara dengan mudah terus pada aplikasi berkenaan.

Sekiranya anda merupakan pengguna aktif Google Analytics, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini di AppStore hari ini, dan memantau web anda pada bila-bila masa dengan mudah.

Nota: